

Pak Lang cuma nak luahkan kerisauan. Anak anak bangsa Pak Lang makin hanyut dan serba ketinggalan dalam apa jua bidang. Cuma bidang merempit,minum arak,seks bebas,ponteng sekolah,bergaduh,meragut,isap dadah dan macam macam lagi gejala buruk,yang tu anak bangsa pak lang terer.
Pak Lang tengok sekarang anak anak bangsa Pak Lang dah malas nak ke surau atau masjid. Yang tinggal semua warga emas di surau dan masjid. Yang malas sambung belajar selepas PMR pun makin ramai. Yang kerja curik kabel, curik motor dan macam macam lagi kegiatan jenayah pun makin ramai. Apa nak jadi nie ? Salah siapa ?
Pak Lang tengok bangsa lain di negara kita dah banyak berubah. Pusat Tuisyen penuh dengan wajah mereka. Mereka sentiasa berlumba lumba nak jadi bijaksana. Anak anak bangsa Pak Lang pun berlumba lumba jugak, MEREMPIT gila di atas jalan raya. Pak Lang terpikir apa akan jadi 15 - 20 tahun akan datang. Masihkah bangsa Pak Lang boleh memegang tampuk pemerintahan negara ? Masih ramaikah cerdik pandai dari kalangan bangsa Pak Lang ? Risau Pak Lang memikirkannya.
Pak Lang kagum dengan cara bangsa India mendidik keluarganya. Ayah dan Ibu mereka cuma ada 2 pilihan cita-cita untuk anak anak mereka. Dalam semua anak anak yang mereka ada, mereka akan pastikan ada seorang doktor atau peguam dalam keluarga mereka. Kita camna pula ?
Tuesday, April 21, 2009
Bangsaku makin hanyut....
Dihantar Oleh PAK LANG at 8:37 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
jgn takut paklang ehhh..selagi sekolah asrama penuh ada..ada la bangsa kita yg boleh jadi cerdik pandai..macam paklang jugak..lepasan asrama penuh..
ini perkara yg kita kena perati sama2 suapaya jadi sempadan kpd anak kita jgn dok ikut lagu depa..
cek pon cakap jerr..
daunhijau.. asrama penuh patut ditambah supaya lebih ramai anak bangsa kita terdidik dengan nilai2 murni dan mampu memimpin negara pada masa hadapan...selain daripada tu..hanya doa kepada Allah pak lang panjatkan agar anak bangsa pak lang selamat...
Post a Comment