
Selama 2 hari berturut turut Pak Lang mengikuti isu pencemaran air di Cameron Highlands. Teruk..memang teruk. Apa nak jadi nie ? PBT yang sepatutnya bertanggungjawab mentadbir dan menjaga keindahan alam di Cameron Highlands juga nampaknya sudah tidak lagi boleh dipercayai. Bangunan milik PBT sendiri pun join sekali alirkan sisa najis ke sungai...???
Pak Lang selalu juga berkunjung dan bercuti di sini. Sayang..lepas nie Pak Lang akan berfikir sejuta kali jika mahu lagi berkunjung ke Cameron Highlands. Apatah lagi mahu meneguk air paip yang kononnya segar dari pergunungan.Ahhh...kembang tekak Pak Lang.
Pak Lang setuju dengan pendapat seorang penduduk Cameron Highlands. Rupanya selama ini..air kotor itulah yang digunakan untuk mencuci baju,memasak nasi,buat teh tarik dan paling menyedihkan buat bersuci dan berwuduk...
Bukan calang calang punya najis tu beb...najis antarabangsa.. Bangla ada,Pakistan ada,Vietnam ada, Indonesia ada..fuhhh..citarasa yang pelbagai.
Kalau dulu Singapura kata nak proses air kumbahan untuk diminum ( New Water ) kita kutuk. Tapi sekarang..kita pun sama. Nak rasa..silalah ke Cameron Highlands.
Sunday, May 3, 2009
CAMERON HIGHLANDS YANG MELOYAKAN
Dihantar Oleh PAK LANG at 2:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment