Pak Lang baca paper hari nie. JAWI dah tangkap 2 org Islam yang tak puasa. Bila ditanya kenapa awak tak puasa ??? jawab salah seorang daripada mereka... saya terlupa nak berniat... hmmmm.. mudahnya
Wednesday, September 2, 2009
Sekadar Alasan
Dihantar Oleh PAK LANG at 12:06 AM 2 comments
Monday, May 18, 2009
Selimut Putih
Satu malam Pak Lang terasa panas. Tak dapat nak tidor. Kipas yang sedia terpasang di bilik tak mampu menyejukkan diri Pak Lang. Pak Lang segera menghidupkan suis alat penghawa dingin. Ahhh..segar dan nyaman rasanya. Pak Lang dapat merasai nikmat kesejukkan alat penghawa dingin tersebut. Tiba-tiba Pak Lang terfikir sejenak. Alangkah mudahnya hidup ini..jika panas bangun dan pasangkan alat penghawa dingin. Tapi bagaimana pula jika Pak Lang sudah tidak tinggal lagi di dunia ? Pak Lang bersemadi di alam kubur..di mana Pak Lang nak cari suis untuk sejukkan kubur Pak Lang ? Di mana Pak Lang nak cari suis untuk terangkan kubur Pak Lang ? Insaf..sesungguhnya Pak Lang amat insaf.. hidup tak akan kekal..mati akan tiba..namun..cukupkah persediaan Pak Lang ????
Insaf...
Dihantar Oleh PAK LANG at 3:20 AM 4 comments
Sunday, May 3, 2009
CAMERON HIGHLANDS YANG MELOYAKAN

Selama 2 hari berturut turut Pak Lang mengikuti isu pencemaran air di Cameron Highlands. Teruk..memang teruk. Apa nak jadi nie ? PBT yang sepatutnya bertanggungjawab mentadbir dan menjaga keindahan alam di Cameron Highlands juga nampaknya sudah tidak lagi boleh dipercayai. Bangunan milik PBT sendiri pun join sekali alirkan sisa najis ke sungai...???
Pak Lang selalu juga berkunjung dan bercuti di sini. Sayang..lepas nie Pak Lang akan berfikir sejuta kali jika mahu lagi berkunjung ke Cameron Highlands. Apatah lagi mahu meneguk air paip yang kononnya segar dari pergunungan.Ahhh...kembang tekak Pak Lang.
Pak Lang setuju dengan pendapat seorang penduduk Cameron Highlands. Rupanya selama ini..air kotor itulah yang digunakan untuk mencuci baju,memasak nasi,buat teh tarik dan paling menyedihkan buat bersuci dan berwuduk...
Bukan calang calang punya najis tu beb...najis antarabangsa.. Bangla ada,Pakistan ada,Vietnam ada, Indonesia ada..fuhhh..citarasa yang pelbagai.
Kalau dulu Singapura kata nak proses air kumbahan untuk diminum ( New Water ) kita kutuk. Tapi sekarang..kita pun sama. Nak rasa..silalah ke Cameron Highlands.
Dihantar Oleh PAK LANG at 2:02 AM 0 comments
Tuesday, April 21, 2009
Bangsaku makin hanyut....


Pak Lang cuma nak luahkan kerisauan. Anak anak bangsa Pak Lang makin hanyut dan serba ketinggalan dalam apa jua bidang. Cuma bidang merempit,minum arak,seks bebas,ponteng sekolah,bergaduh,meragut,isap dadah dan macam macam lagi gejala buruk,yang tu anak bangsa pak lang terer.
Pak Lang tengok sekarang anak anak bangsa Pak Lang dah malas nak ke surau atau masjid. Yang tinggal semua warga emas di surau dan masjid. Yang malas sambung belajar selepas PMR pun makin ramai. Yang kerja curik kabel, curik motor dan macam macam lagi kegiatan jenayah pun makin ramai. Apa nak jadi nie ? Salah siapa ?
Pak Lang tengok bangsa lain di negara kita dah banyak berubah. Pusat Tuisyen penuh dengan wajah mereka. Mereka sentiasa berlumba lumba nak jadi bijaksana. Anak anak bangsa Pak Lang pun berlumba lumba jugak, MEREMPIT gila di atas jalan raya. Pak Lang terpikir apa akan jadi 15 - 20 tahun akan datang. Masihkah bangsa Pak Lang boleh memegang tampuk pemerintahan negara ? Masih ramaikah cerdik pandai dari kalangan bangsa Pak Lang ? Risau Pak Lang memikirkannya.
Pak Lang kagum dengan cara bangsa India mendidik keluarganya. Ayah dan Ibu mereka cuma ada 2 pilihan cita-cita untuk anak anak mereka. Dalam semua anak anak yang mereka ada, mereka akan pastikan ada seorang doktor atau peguam dalam keluarga mereka. Kita camna pula ?
Dihantar Oleh PAK LANG at 8:37 PM 2 comments
Monday, April 20, 2009
Apa Nak Jadi Nie....

Baru baru nie Pak Lang singgah kat satu kedai makan. Niat hati Pak Lang nak makan Char Kuey Tiaw. Tapi sebaik saja Pak Lang nak order, datang sorang mat Bangla nak ambik order. Pak Lang tersentak.Ini kedai milik orang Malaysia ke atau kedai mat Bangla ? Pak Lang terus tak jadi nak makan. Pak Lang rela pergi cari kedai yang lain. Kembang tekak Pak Lang nak makan kat kedai mat Bangla nie.
Pak Lang kemudian terpikir. Mana peginya pihak penguatkuasa ? Kenapa ada orang tempatan yang menggaji warga asing di kedai makan dibiarkan terus berleluasa ? Kalau warga tempatan yang berniaga,macam macam karenah dan prosedur yang perlu dilalui.Sampai kadang kadang tutup terus perniagaan hamba Allah tu dek kerana tak tahan dengan undang undang dan peraturan melampau PBT.
Warga asing ? Kita tak tahu asal usulnya. Kita tak tahu apa penyakit yang dibawanya. Tanya statistik Kementerian Kesihatan. Sejak kebanjiran warga asing, banyak penyakit pelik dah muncul di Malaysia. Penyakit TB yang dah pupus pun kini muncul kembali. Warga asing nie pernah ke diberi suntikan pelalian khas sebagai penyedia makanan ? Visa dan permit yang dikeluarkan untuknya betul ke untuk bekerja di kedai makan ? Semua nie perlu disiasat.
Pak Lang terkilan. Ramai berkata anak anak muda sekarang pemalas dan memilih kerja. Tapi pikirlah, kalau setiap inci kerja yang ada disapu bersih oleh warga asing,mana peluang untuk anak tempatan bekerja ?
Dihantar Oleh PAK LANG at 4:59 PM 0 comments
