
Baru baru nie Pak Lang singgah kat satu kedai makan. Niat hati Pak Lang nak makan Char Kuey Tiaw. Tapi sebaik saja Pak Lang nak order, datang sorang mat Bangla nak ambik order. Pak Lang tersentak.Ini kedai milik orang Malaysia ke atau kedai mat Bangla ? Pak Lang terus tak jadi nak makan. Pak Lang rela pergi cari kedai yang lain. Kembang tekak Pak Lang nak makan kat kedai mat Bangla nie.
Pak Lang kemudian terpikir. Mana peginya pihak penguatkuasa ? Kenapa ada orang tempatan yang menggaji warga asing di kedai makan dibiarkan terus berleluasa ? Kalau warga tempatan yang berniaga,macam macam karenah dan prosedur yang perlu dilalui.Sampai kadang kadang tutup terus perniagaan hamba Allah tu dek kerana tak tahan dengan undang undang dan peraturan melampau PBT.
Warga asing ? Kita tak tahu asal usulnya. Kita tak tahu apa penyakit yang dibawanya. Tanya statistik Kementerian Kesihatan. Sejak kebanjiran warga asing, banyak penyakit pelik dah muncul di Malaysia. Penyakit TB yang dah pupus pun kini muncul kembali. Warga asing nie pernah ke diberi suntikan pelalian khas sebagai penyedia makanan ? Visa dan permit yang dikeluarkan untuknya betul ke untuk bekerja di kedai makan ? Semua nie perlu disiasat.
Pak Lang terkilan. Ramai berkata anak anak muda sekarang pemalas dan memilih kerja. Tapi pikirlah, kalau setiap inci kerja yang ada disapu bersih oleh warga asing,mana peluang untuk anak tempatan bekerja ?
Monday, April 20, 2009
Apa Nak Jadi Nie....
Dihantar Oleh PAK LANG at 4:59 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment